Friday, August 30, 2019

TEKNIK CATAN AIR



  PENGENALAN

    Catan air merupakan suatu proses penghasilan seni dengan meggunakan bahan bewarna iaitu cat air yang dikarya pada permukaan rata. Teknik ini membolehkan seseorang dapat menggambar kesan cahaya pada suatu bentuk, rupa serta susunan  yang terdapat pada alam sekitar. Bahan pewarna iaitu cat memerlukan pelarut daripada  air untuk mencairkan dan memudahkan sapuan ketika mengkarya. Untuk teknik catan, kertas 'watercolor paper' amat sesuai digunakan untuk memberi kesan yang terbaik.
   
    Dalam penghasilan catan, terdapat banyak teknik untuk diaplikasikan, namun saya akan menerangkan empat teknik catan terlebih dahulu iaitu ;
  • teknik  BASAH  ATAS  BASAH            
  • teknik  BASAH  ATAS  KERING
  • teknik  KERING  ATAS  KERING
  • teknik  KERING  ATAS  BASAH 



TEKNIK BASAH ATAS BASAH

    
Contoh catan yang menggunakan teknik basah atas basah.


       Teknik ini dilakukan dengan memasukkan warna lain di atas warna yang sedia ada semasa basah. ini bertujuan agar penyerapan warna kedua dapat berlaku ke dalam warna yang pertama untuk penghasilan ton yang menarik.  Untuk menghasilkan karya catan dengan menggunakan teknik ini, kertas hendaklah dibasahkan dan dihamparkan di atas permukaan rata supaya air dapat bertindak mengalirkan warna yang dimasukkan. Selain itu, ia memerlukan berus basah yang dicelup ke dalam warna yang cair sebelum disapu pada kertas lukisan atau watercolor paper. Teknik ini sesuai digunakan untuk mewarna permukaan yang luas seperti langit, dinding bangunan, tanah, latar belakang lukisan untuk alam benda dan sebagainya.


Vedio contoh tip dan teknik  BASAH  ATAS  BASAH





TEKNIK BASAH ATAS KERING
                                          
                                         

Contoh catan yang meggunakan teknik basah atas kering.


            Teknik basah atas kering merupakan warna yang disapu tanpa  campuran air atau campuran air yang sedikit di atas permukaan yang mempunyai warna yang sudah kering. Teknik ini dapat menghasilkan warna yang legap. Teknik basah atas kering melibatkan penggunaan warna yang berlapis-lapis, iaitu daripada ton yang cerah kepada ton yang gelap.  Jadi untuk menghasilkan kesan cahaya, teknik ini amat sesuai digunakan untuk menghasilkannya. Teknik ini juga sesuai digunakan untuk pelbagai jenis media kerana sapuan warnanya yang mudah dikawal.


Vedio contoh catan teknik BASAH ATAS KERING.







TEKNIK KERING ATAS BASAH


                           Contoh catan yang menggunakan teknik kering atas basah.

                                Teknik kering atas basah ialah teknik sapuan warna cat air ke atas permukaan kertas yang telah dibasahkan terlebih dahulu atau disapu dengan warna yang cair. Kelegapan warna dapat mudah diaplikasikan pada kertas, jadi ianya sesuai untuk membuat ton warna dan kesan cahaya. Teknik ini dapat menghasilkan sapuan dengan masa yang singkat pada permukaan yang luas seperti tanah, langit dan laut kerana warnanya yang boleh merebak. Teknik ini juga membuatkan warna mudah untuk dikawal kerana tidak merebak terlampau luas serta boleh bersifat lut sinar apabila air pada permukaan kertas ditambah.  



                      Vedio contoh teknik kering atas basah.
v
bahagian pertama.


bahagian kedua.



TEKNIK KERING ATAS KERING


      Contoh catan yang menggunakan teknik kering atas kering.

              
               Teknik kering atas kering merupakann teknik  menggunakan warna cat air daripada tiub terus ke permukaan kertas atau warna yang telah kering. Kering ini bermaksud warna atau cat air yang melekat terus pada berus tidak banyak, ertinya ia masih memerlukan air tapi sedikit sahaja untuk mendapatkan beberapa cat pada berus. Jika terdapat cat air pada berus terlebih, sapu pada permukaan kertas, tisu atau kain untuk membuang warna yang lebih tersebut.  Untuk menghasilkan warna yang lain, tunggu warna di atas permukaan kertas mengering terlebih dahulu tetapi tidak terlalu tebal, hanya sekadar mewujudkan keharmonian warna dengan suasana di sekitarnya. Teknik ini dapat memberikan kesan kering legap yang mampu menimbulkan kesan jalinan dengan menindihkan warna tersebut. Dengan menindihkannya, ia akan membentuk ton ke dalam cat air tersebut.


Video contoh catan yang menggunakan teknik KERING ATAS KERING




















3 comments:

  1. hello,,, saya nak tanya. Kalau nak hasilkan karya lukisan wayang kulit menggunakan media cat minyak atas kanvas, apakah teknik yang sesuai digunakan?

    ReplyDelete
  2. sebab kalau saya tengok dekat nota2 lain, media cat minyak ni dia tidak menggunakan teknik basah atas basah or basah atas kering and so on. Malah catan cat minyak ni guna glazing, polintisme and so on

    ReplyDelete

TEKNIK CATAN AIR

   PENGENALAN     Catan air merupakan suatu proses penghasilan seni dengan meggunakan bahan bewarna iaitu cat air yang dikarya pada per...